Friday, 26 April 2013

Toyota Avanza

Assalamualaikum..

Entry kali  ini, kami berusaha pula untuk menghasilkan 
gambar felt kereta iaitu  Toyota Avanza 

Toyota pun bukanlah jenama yang 
asing di negara kita..

Toyota Avanza

Kereta Avanza juga selalu kita lihat di atas
 jalan raya di negara kita ni..

Jadi pemilihan gambar pun mula dilakukan dan 
akhirnya gambar ini yang kami pilih..

Gambar yang dipilih hanya bertujuan untuk menjadi guideline
 dalam menghasilkan gambar felt ini..

Memang lawa kereta ni  siap dengan sport 
rim kilat..hehehe

Selepas kerja2 dilakukan.. Inilah hasilnya..

Jeng... Jeng..... Jeng.......!!!!


Banyak perubahan yang dilakukan..

Antara yang di'modified'..( cewah )
Warna Kereta
Sport Rim
Warna2 hiasan lain..
Lokasi kereta..
Penambahan Logo Toyota
Dan lain2..


 Cantik kan..hehehe


Sekian Terima Kasih.. :)

Hak Cipta Mutiara Kata...!!!

Assalamualaikum...!

Untuk makluman awal

Kraft kami yang seterusnya ialah menghasilkan 
frame yang dihiasi dengan corak felt serta 
diselitkan dengan mutiara2 kata..

Mutiara kata diperolehi melalui media massa

Mutiara2 kata ini, kami perolehi melalui media
 massa seperti di Facebook, Twitter, Google dan lain2..


Oleh itu di entry kali ini kami ingin meminta izin secara
umum kepada pihak yang menghasilkan
mutiara kata yang kami gunakan pada
hasil kraft kami..

Niat kami hanyalah ingin berdakwah dan menyebarkan hadis2
 atau mutiara2 kata yang menarik serta yang mampu menjadi 
motivasi kepada orang ramai..

Pihak yang telah bertungkus-lumus menghasilkan 
mutiara2 kata mereka...:)

Kami juga telah menghubungi pihak yang menghasilkan
 mutiara kata tersebut tetapi malangnya tidak semuanya
dapat kami  'jejaki'.

Oleh itu, kami ingin dan memohon agar pihak terbabit
 mengizinkan dan 'menghalalkan' kami menggunakan
mutiara kata tersebut dan kami 
ucapkan ribuan terima kasih..
jazakallahu khairan kasiro...

kami ucapkan ribuan terima kasih..

Kami juga menerima banyak maklum balas mengenai 
frame yang diselitkan dengan mutiara kata ini kerana 
 mampu memotivasikan diri mereka dan menjadi 
peringatan serta hiasan untuk diletakkan 
atas meja kerja mereka mahupun dijadikan hadiah
 kepada sahabat mereka..Alhamdulillah...

Bermanafaat kan usaha kami ini..!!!..

semoga jasa baik anda Allah s.w.t sahaja yang mampu
 membalasnya...amiin


Saturday, 20 April 2013

Masjid Biru, Istanbul, Turki

Kali ni kami meningkatkan usaha dengan menghasilkan
 sebuah masjid yang terkenal di Turki iaitu masjid Biru


Jika dilihat secara kasarnya, masjid ini memang memiliki 
kubah yang banyak dan berbagai saiz..

Masjid Biru, Istanbul , Turki

Bentuk dan struktur masjid yang lain daripada masjid 
biasa inilah yang menyebabkan masjid ini sangat 
popular dalam kalangan umat Islam..

ini hasil yang kami hasilkan melalui kain Felt kami..


Jeng.....  Jeng......  Jeng.......!!!

Masjid Biru Felt..hehe

tapi harus diingat.. kalau buat gambar macam ni memang x 
dapat nak tiru 100% dari gambar asal coz agak sukar 
untuk memotong kain terlampau halus..

tetapi kita harus memfokuskan sesuatu yang 
menjadi simbol subjek yang dibuat..

Contohnya masjid ini, harus dikekalkan 
simbol warna biru di kubah dan strukturnya 
yang banyak kubah serta bertingkat2..

Pokok pula diubah mengikut kesesuaian.. 
yang penting cantik.. :)

Itu sahaja untuk kali ini....

Thank singgah...:)


VolksWagen Golf GTI

Assalamualaikum..

Kali ni kami ingin meng 'FELT'kan kenderaan pula..

Ni antara kereta2 yang famous kat pasaran dunia sekarang ni..

sape x tau kan..ini dia....

VOLKSWAGEN SCIROCCO GTI 2013

ni gambar2nya....

 Blue Colour

 White Colour


 Red Colour

Cantik kan kereta ni.. hehehe.. siap promote lagi..

Baiklah kita berbalik kepada perkara asal..

Dalam banyak2 gambat td..2 gambar yang kami pilih..
Gambar di bawah ni ye..

 Logo VOLKSWAGEN

Pandangan Hadapan yang Garang...!!!


Seterusnya kerja2 pun dilakukan dengan giat...

Warna ditukar untuk menampakkan kereta lebih 
garang & bertenaga...!!!..cewahh..

Logo still ada di sudut kiri, atas..VW
Harga : RM30.00 ( Tanpa Kos Penghantaran )

cantik kan..hehehe..

Sekian... :)


Wednesday, 17 April 2013

Pemandangan


Assalamualaikum..

Kali ni kami buat pemandangan yang biasa kita lihat..

yang ni xde perpandukan apa2 gambar..
 Just imagine kat dalam minda je.. cewahh..!!!

Jeng...  Jeng.....  Jeng.....!!!

Simple kan..HEHEHE
Harga : RM30.00 ( Tanpa Kos Penghantaran )

Sapa nak buat silalah ye..:)




Rumah MinangKabau..

Rumah Minangkabau merupakan identiti di Negeri Sembilan..

Jadi pada kali ini kami ingin mengabdikan gambar sebuah rumah
 Minangkabau dalam bentuk Frame Felt..

Gambar yang kami dapat seperti ini 

Bentuk Rumah Minagkabau yang asal

Kemudian Gambaran rumah ini di'FELT'kan
dan jadi seperti berikut :

siap....!!!..Harga : RM30.00 ( Tanpa Kos Penghantaran )

Persekitaran diubah secara total untuk menjadikan nampak
 seolah2 kartun dan comel..hehehe


sekian...


Monday, 8 April 2013

Koleksi Penanda buku Batang Aiskrim...

Assalamualaikum...


Entry ni sekadar ingin menunjukkan kepada
 anda koleksi yang kami ada..

Dan kegembiraan yang ingin kami khabarkan adalah
 lebih 97% daripada koleksi ini telah terjual..

Alhamdulillah......  TQ Ya Allah.... :)

Kebanyakan student2 & guru2 yang beli untuk diri sendiri
 & x lupa juga untuk bg kat kawan2 di0rang..

Bentuk LOVE

Bentuk Bulat

saja edit2 skit..hehe

Bentuk Bunga



Okey sume.. say cheeze... hehehe







Okey that all.. Tq.. :)


Saturday, 6 April 2013

Jualan pada PROGRAM PAMERAN PENDIDIKAN & KERJAYA


ASSALAMUALAIKUM..

baiklah pada hari rabu lepas, kami AISHA HANNA CREW telah mengambil bahagian dalam program ini untuk memperkenalkan produk kami kepada umum dan seterusnya menjual produk2 kami ini..

Program bermula pada jam 8.00 pagi sehingga
 jam 1.00 tengahari sahaja

Jualan kami disasarkan kepada pelajar2 sekolah yang datang dari 
pelbagai sekolah di sekitar Daerah Rembau dan Daerah Tampin..













Apa yang kami dapat simpulkan pada hari tersebut.. 
kebanyakan pengunjung yang melawat @ membeli 
produk kami ini tidak mengetahui sebelum ini bahawa 
Kraft tangan berasaskan felt ini cantik2 dan comel2..

Pengunjung :  X sangka dengan kain felt boleh
 buat macam ni ae.....

Bagi pelajar2 sekolah tidak melepaskan peluang membeli kaychain,
 charm, penanda buku & klip kertas yang kami hasilkan..

Ramai juga yang menyokong dan menggalakkan kami untuk
 teruskan bisness kami ini memandangkan masih
tidak ramai yang menceburi  bidang ini..

Berkembang..kembang.. dan kembang lagi.....!!!

Semoga bisness ini terus berkembang & berkembang lagi
pada masa hadapan..

Kami juga mengalu-alukan sekiranya ada pameran atau 
jualan di tempat anda..Bolehlah memberi peluang 
kapada pihak kami untuk membuka booth untuk 
mengembangkan perniagaan kami ini.. :)


SEKIAN TERIMA KASIH....


#Ada juga pelajar yang berminat nak belajar membuat
kraftangan ini lepas SPM...!!!
# Cikgu pula berhajat nak jemput kami untuk mengadakan
kelas ' TUTORIAL FELT ' ini di sekolah mereka..hehehe


Masjid Darul Quran, JAKIM..

Assalamualaikum..

Untuk entry kali ni kami melangkah lebih  mencabar dimana kami mula menghasilkan kraft melalui teknik tampalan untuk menghasilkan sebuah pemandangan atau gambar..

Contoh pertama ialah gambar masjid ini..

Masjid Darul Quran..

Ilham untuk menghasilkan gambar ini tercetus setelah beberapa kali melawat masjid ini yang terletak di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor..

Selain itu, masjid ini juga pupolar untuk dijadikan 
' BACKGROUND ISLAMIC WALLPAPER '

Mungkin masih belum sempurna dan dalam proses pembelajaran lagi untuk menghasilkan gambar berasaskan kain felt..

Baiklah ini hasil yang kami dapat hasilkan setakat ini..

 jeng... jeng...... jeng.......!!!

Subjek utama iaitu masjid dapat dihasilkan..
walaupun mungkin tidak sempurna lagi..
Harga : RM30.00 ( Tanpa Kos Penghantaran )

Semua potongan ini dilakukan secara manual
 ( menggunakan gunting sahaja ) 
tanpa bantuan alat pemotong

Ini percubaan pertama dan selepas ini kami akan menghasilkan lagi kraft berasaskan 
felt dalam pasaran frame pula..

Semoga kami dipermudahkan.. amiin... :)




Thursday, 4 April 2013

Frame 3

Frame ini caranya sama seperti frame sebelumnya 
( rujuk entry sebelum )

yang ni banyak gunting kain felt yang dibeli secara meter

bahan2 yang diperlukan :
1.kain Felt Polyester
2.Frame putih
3.Gam UHU

Kata2 sebagai hiasan je..!
Harga : RM 10.00 ( Tanpa Kos Penghantaran )


Sekian..^^


Frame 2

Ini pula Frame yang keDua dihasilkan

Lagi banyak aksesori diletakkan..

Bahan2 yang diperlukan :
1.Frame berwarna Pink
2.Felt berwarna
3.tambah dengan Klip Kertas ( Seperti entry sebelumnya )
4.Tambah dengan Brooch Bunga mini ( Seperti entry sebelumnya )
5.Butang pelbagai warna 
6. Gam UHU

Kata2 sebagai hiasan je..
Harga : RM 10.00 ( Tanpa Kos Penghantaran )


Sekian ..^^


Wednesday, 3 April 2013

Frame 1


Ini contoh frame yang dihasilkan.. hanya menggunakan frame biasa..

Untuk menjadikan ia lebih menarik, kami menambah hiasan seperti yang dapat dilihat..

Ini Akhirnya menaikkan nilai frame ini..cewahh..

 Dah terjual masa buka booth jualan Felt..
# Gambar x jual ye.. :)
Harga : RM 10.00 ( Tanpa Kos Penghantaran )

BROOCH Bunga

Ni yang biasa kita nampak..brooch biasa..

Tapi still kami buat kerana ada permintaan daripada klien..

Juga sebagai tambahan semasa jualan..

Bahan2 diperlukan :

1.Kain Felt Polyester
2.Pin Brooch
3.Butang pelbagai bentuk & warna
3.Gam UHU

itu sahaja bahan yang diperlukan..simple & nice

pandangan hadapan..

Harga : RM 1.50  

Pandangan Belakang


Brooch Bunga mini

Ni terbaru dipasaran cewah..iaitu sekuntum bunga

biasa orang bagi sejambak bunga sebagai hadiah..

Tp yang ini sekuntum bunga BROOCH..maksudnya penerima boleh pakai kat baju @ tudung

Comel kan..hehe

Bahan2 yang diperlukan :

1.Kain Felt Polyester
2.Reben sebagai hiasan tambahan
3.Pin Brooch di belakang
4.Gam UHU



Saiz sama macam saiz brooch biasa k..

Yang ni mungkin sesuai untuk HARI GURU yang akan menjelang tiba nanti..

bagi kat cikgu..tengok cikgu mana  yang paling banyak dapat..hehe


Klip Kertas Bentuk Bulat


Ini pula kesinambungan daripada yang sebelumnya, 
Cuma kali ni Felt berbentuk bulat & ditambah perkataan simple..

Jom tengok...!!!

Bahan2 yang diperlukan ialah :

1.Kain Felt Polyester Berwarna
2.Klip kertas ( Saiz besar & Berwarna )
3.Reben sebagai hiasan tambahan
4.Kertas hiasan perkataan ( Beli Siap )
5.Gam UHU


Simple but nice...!!!

Klip Kertas bentuk LOVE a.k.a HATI

Klip kertas dengan gabungan kain felt berbentuk hati & reben..

Simple klau nak buat..nampak lebih cantik daripada klip kertas asal..

Bahan2 yang diperlukan :

1.Kain Felt Polyester pelbagai warna
2.Butang pelbagai warna
3.Klip Kertas ( Saiz besar & berwarna )
4.Reben sebagai hiasan tambahan
5.Gam UHU


Harga : RM 1.50 seunit

Aiskrim Cup


Inilah aiskrim cup perisa durian belanda..hehehe

penah rasa..???.....bley la cuba ye... :)


Bahan2 yang diperlukan :

1.kain Felt Polyester berwarna
2.tali charm hitam
3.Butang berwarna
4.Jarum & benang
5. Fiber

Harga : RM 2.00 seunit